SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

PREVIU SELANGOR vs PERAK: Bertemu Seteru Utama


SHAH ALAM- Perlawanan kedua CIMB Liga Super 2020 menyaksikan Selangor bakal melayang kunjungan seteru utamanya iaitu pasukan Perak. 

Namun perlawanan home pertama Selangor kali ini sedikit berbeza kerana ianya akan dimainkan di stadium keramat negara iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Ini adalah kerana faktor Stadium Shah Alam tidak dapat digunakan atas faktor keselamatan. 

Dalam perlawanan pertama liga, Selangor berjaya melakukan kemenangan dramatik selepas jaringan  minit akhir Brendan Gan menyaksikan Pahang tewas 2-1 di laman sendiri. 

Sebelum itu, Selangor terlebih dahulu menyamakan kedudukan pada minit ke-27 hasil jaringan Ifedayo Olusegun. 

Kini lawan seterusnya untuk skuad Red Giants adalah pasukan The Bos Gaurus. 

Untuk rekod, kali terakhir Selangor bertemu Perak adalah dalam perlawanan Piala Malaysia di mana Selangor menewaskan Perak 3-2 melalui agregat. 

Manakala dalam perlawanan liga musim lalu, Selangor gagal untuk meraih kemenangan selepas sekadar mencatat satu seri dan satu kekalahan. 

Bercakap mengenai keberadaan pemain pula, Wan Zack Haikal, Nick Swirad, Anwar Ibrahim serta Sarkunan tidak dapat diturunkan atas faktor kecederaan. 

Semoga tiga mata penuh berjaya diraih Selangor dalam perlawanan kali ini sekaligus mengekalkan momentum kemenangan.